Rasulullah Berdakwah Kepada Kabilah Arab Pada Musim Haji

No comments:

MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA QABILAH DAN INDIVIDU TERTENTU


Dalam bulan Zulkaedah tahun kesepuluh kebangkitan Baginda bersamaan penghujung bulan Juni atau permulaan bulan Juli tahun 619 Masihi, Rasulullah telah selamat balik ke Makkah, dengan niat dan azam untuk memulakan semula pengenalan Islam kepada qabilah-qabilah dan individu-individu tertentu, semakin hampir dengan musim haji, semakin ramai, orang memasuki kota Makkah, sama ada sebagai pejalan kaki, atau menunggang kenderaan yang kekurusan pada perjalanan jauh, kedatangan berduyun-duyun dari berbagai-bagai pelusuk, dengan satu tujuan, iaitu mengerjakan ibadat haji, dan untuk memperolehi sesuatu kemanfaatan untuk diri masing-masing, setemsnya untuk mengingati Allah dalam beberapa hari tertentu, peluang ini memang Rasulullah menanti-nantinya, Baginda menemui qabilah demi qabilah memperkenalkan Islam kepada mereka semua dan menyeru kepadanya, iaitu seperti mana Baginda lakukan mulai tahun keempat kebangkitan Baginda.

QABILAH-QABILAH YANG DIPERKENALKAN ISLAM


Al-Zuhri menceritakan: Di antara qabilah-qabilah yang telah disebutkan namanya kepada kami, sebagai qabilah yang Rasulullah mengunjungi mereka, dengan memperkenalkan diri Baginda ialah: Banu Amir bin Sa'sa'ah, Muharib bin Khasfah, Fazarah, Ghassan, Murrah, Hanifah, Salim, Abs, Banu Nadhr, Banu al-Buka', Kindah, Kalb, al-Harith bin Ka'ab, Uzrah dan al-Hadharimah, namun tak seorang pun dari mereka ini menyahut seruan Baginda (s.a.w.)
Qabilah-qabilah yang disebutkan oleh al-Zuhri ini tidaklah merupakan qabilah yang diperkenalkan Islam, hanya sekali sahaja di suatu tahun, malah mereka ini didedahkan berulang kali di antara tahun keempat kebangkitan Baginda hinggalah ke akhir musim sebelum hijrah. Namun tidaklah dapat dianggapkan bahawa tahun tersebut adalah musim pendedahan Islam kepada qabilah tertentu, walau macammana pun memanglah terbuktinya bahawa tahun berkenaan telah diperkenalkan Islam kepada qabilah tertentu. Mengikut seorang tokoh ulama yang terkenal al-Mansurfuri, ada beberapa qabilah yang didakwahkan di musim haji di tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah. Ibnu Ishak telah menceritakan cara pembentangan Islam kepada mereka dan penolakan mereka terhadap dakwah Rasulullah. Ini dia ringkasannya:

1. Banu Kalb: Rasulullah menziarahi mereka, di antaranya ialah Banu Abdillah, Rasulullah menyeru mereka kepada Islam, memperkenalkan dirinya, hingga Rasulullah berkata: Sesungguhnya Allah menyenangi dengan nama yang diberi kepada bapa kamu itu (Abdullah ertinya Hamba Allah) namun mereka tidak menerimanya.
2. Banu Hanifah: Rasulullah menziarahi kediaman mereka dan mendakwah mereka dan memperkenalkan dirinya, namun penolakan yang mereka buat terhadap Rasulullah adalah seburuk cara yang pernah dilakukan oleh bangsa Arab.
3. Rasulullah mendatangi Banu Amir bin Sa'sa'ah, dengan mengajak mereka kepada Allah di samping memperkenalkan dirinya, maka berkata salah seorang mereka, beliau dikenali sebagai Bahirah bin Firas: Demi Allah, kalaulah aku ambil pemuda ini dari Quraisy nescaya aku boleh menguasai dengannya seluruh bangsa Arab, kemudian beliau bertanya Rasulullah: Apa pandangan kamu sekiranya kami berbai'ah untuk urusan kau itu, kemudian ditakdirkan Allah engkau dapat mengatasi orang yang menentang kau, apakah kami yang akan memerintah selepas kau? Jawab Rasulullah: Urusan ini terserah kepada Allah, dialah yang meletakkan sesuatu di mana sahaja yang dikehendakiNya, kata Bahirah: Apakah kau mendedahkan diri kami untuk mempertahankan diri kau dari bangsa Arab, kemudian setelah kau berjaya kau akan menyerahkan kekuasaan itu kepada orang lain pula? Ini tidak boleh jadi dan kami pun tidak berhajat untuk memikul urusan dan persoalanmu ini, dengan itu mereka semua menolak seruan Rasulullah.
Setelah Banu Amir pulang ke kampung mereka, mereka ceritakan hal ini kepada seorang pemimpin mereka yang tidak serta bersama di musim haji itu, justeru usianya sudah turut lanjut, kata mereka: Ada seorang pemuda dari Quraisy dari Banu Abdul Muttalib, mendakwa dirinya sebagai nabi, mempelawakan kami untuk mempertahankan dirinya dan bertindak bersamanya serta mengambil beliau untuk ke kampung kita ini. Orang tua tadi meletakkan kedua-dua tangannya, ke atas kepalanya dan berkata: Wahai Banu Amir apakah kita berkesempatan? Sampai tak, kita memperolehi yang hujungnya? Demi jiwa seseorang itu di tanganNya, orang yang kau sebut itu adalah keturunan jati nabi Ismail, dia adalah benar, di mana pemikiran kamu semasa kamu berbicara? sebenarnya fikiran kamu tidak memihak kepada kamu!

No comments:

Post a Comment

Copyright © MUSLIM BLOG