Islam Keluar Mekah Dakwah Di Thaif Surah Al-Jin 1-2

No comments:

SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH

Ini adalah kisah ketika Rasulullah telah gagal berdakwah di Mekah dan kemudian mencoba untuk melakukan dakwah ke Thaif. Kisah inilah yang menjadi Asbabun Nuzul Surah Al Jin Ketika Rasulullah Pulang Dakwah Dari Thaif Serta Seruan Dakwah Islam keluar Mekkah.

Rasulullah (s.a.w.) Pergi Ke Tha'if:

Muhammad Rasulullah Wallpaper
Sumber Gambar: pureislamicdesigns.com
Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi, Rasulullah telah keluar ke Tha'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah. Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki, bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati dalam perjalanan ke Tha'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Tha'if Baginda mendampingi tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya, tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.

Penduduk Tha'if Menolak Dakwah Rasulullah

Rasulullah berada di kalangan penduduk Tha'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawaban mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjangjalan keluar ke Tha'if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepiinyaan Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaanjaraknya tiga batu dari Tha'if, setelah berlindung di situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Tha'if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Tha'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang menyahut seruan dakwahnya:

"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. hilahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau ben kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dari Mu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan".

Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap Baginda, mereka memanggil budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya.

Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah: Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi, dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan keduadua kakinya.

Maka berkata kedua-dua anak Rabi'ah di antara satu sama lain: Nampaknya budak suruhanmu itu sudah dirosakkan. Bila 'Iddas datang menemui kedua-dua tuannya, mereka pun berkata: Rosaklah kau, apa itu? Jawab 'Iddas: Tidak ada di atas muka bumi suatu pun yang terlebih baik dari orang itu, beliau telah menceritakan daku hal-hal yang tidak diketahui kecuali oleh seorang nabi, kata mereka lagi: Rosaklah kau 'Iddas, jangan sampai kau keluar dari agamamu itu, sesungguhnya agamamu itu lebih baik dari agamanya.

Malaikat Menawarkan Kepada Rasulullah Untuk Memberi Azab Kepada Orang Kafir

Dengan itu Rasulullah pun berpatah balik ke Makkah iaitu setelah berjalan keluar dari kawasan kebun anggur tadi, diselubungi perasaan dukacita dan patah hari, setibanya Baginda di kampung Qarn al-Manazil, Allah mengutus Jibrail (a.s) bersama dengan para malaikat penguasa gunung-ganang, untuk mendapat perintah dari Baginda untuk menghempas penduduk Makkah dengan bukit al-Akhsyabain.

Imam al-Bukhari melalui sanadnya menceritakan dengan panjang lebar hadith dari Urwah Ibn al-Zubair bahawa 'A'isyah (r.a) telah meriwayat hadith kepadanya di mana beliau telah berkata kepada Rasulullah, Adakah pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari peperangan Uhud? Jawab Rasulullah: Daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau segala-galanya, yang terlebih berat ku tanggungnya ialah peristiwa hari al-Aqabah di hari itu ku telah memperkenalkan diriku kepada anak Abdul Yalii bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak menyahut seruanku itu, ku beredar dari situ, membawa diri penuh kehibaan dan duka nestapa, tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al-Tha'alib yang dikenali sebagai Qarn al-Manazil ku mendongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku melihat mendung tebal memayungi daku, ku renung lagi, ku dapati Jibril, beliau menyeru daku dengan katanya: Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum kau itu dan segala jawapan dan penolakan mereka terhadapmu itu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum kau itu, malaikat penguasa gunung-ganang tadi memanggil Baginda serta memberi salam pada aku dan berkata: Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa yang kau mahu, sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit al-Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan. Al-Akhsyabain ialah dua buah bukit di Makkah, iaitu bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an. Jawab Rasulullah: Tapi apa yang ku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.

Di dalam jawapan Baginda kepada Jibril dan Malaikat berkenaan, memperlihatkan keperibadian Rasulullah yang luar biasa dan memperlihatkan kemuliaan akhlak Rasulullah yang tidak dapat diduga keagungannya.

Rombongan Jin Mendengarkan Dakwah Rasulullah Muhammad dan Jin Masuk Islam

Rasulullah tersedar dari pertemuan qudus itu dengan ketenangan yang menepu di lubuk nubarinya, lantaran pertolongan Ilahi yang dikurniakan kepada Baginda khusus, dari tujuh petala langit, Rasulullah menyambung perjalanan ke Makkah hingga Baginda sampai ke "Wadi Nakhlah" di mana Baginda tinggal di situ untuk beberapa hari, di Wadi Nakhlah atau Lembah Nakhlah terdapat dua kawasan yang sesuai untuk persinggahan, iaitu al-Sail al-Kabir dan al-Zaimah, kedua-duanya subur dan berair. Namun kami tidak mempunyai rujukan yang boleh menentu secara tepat tempat persinggahan Baginda itu.

Dalam tempoh persinggahan Rasulullah di lembah Nakhlah, Allah (s.w.t) telah mengutus beberapa jin, di mana Allah menyebut peristiwa ini di dalam dua tempat, satu di dalam surah al-Ahqaf yang bermaksud:

Dan (Ingatlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Qur'an; setelah mereka menghadiri bacananya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Qur'an itu dengan) memberi ingatan dan amaran. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Qur'an) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan kejalanyang lurus (Agama Islam). "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari az.ab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Ahqaaf: 29-31)

Dan satu lagi di dalam surah al-Jin:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: 'Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguK menakjubkan!. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betui, lalu kami beriman kepada-Nya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. (al-Jin: 1-2)

Penceritaannya boleh dilihat dengan jelas hingga ke ayat 15 surah yang sama. Dari jalan penceritaan ayat-ayat ini dan juga riwayat hadith dalam hubungan tafsir ayat al-Quran mengenai peristiwa ini, ternyata bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak pun menyedari tentang kehadiran beberapajin itu, Rasulullah mengetahui setelah Allah memberitahu RasulNya mengenai kehadiran jin-jin itu, dan kehadiran kumpulan jin ini pun adalah kali pertama dan dapat difahami juga bahawa jin-jin ini mendatangi majlis Rasulullah berulang kali selepas kedatangan ini, yang inerupakan sokongan padu Allah yang diberikannya kepada RasulNya dari alam ghaib, dengan bala tenteranya yang tidak diketahui bilangannya melainkan Dia.

Adapun ayat-ayat yang diturunkan mengenai peristiwa ini, kandungannya membawa bisyarah kejayaan dakwah Rasulullah. Malah tiada mana-mana kekuatan di dunia ini yang mampu menghalang penerusan kejayaan ini: "Dan sesiapa yang tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya kejalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan dm {dari balasan azab, walau ke mana sahaja ia melarikan din) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapa pun - yang lain dari Allah -sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata ". (al-Ahqaaf: 32)

'Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan din dari balasan Allah (walau dimana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasan-Nya (walauke langit sekalipun). (al-Jin: 12)

Berhadapan dengan pertolongan dan bisyarah ini tersingkaplah mendung duka nestapa dan perasaan putus asa Baginda yang menghantui perjalanan Rasulullah, selepas Baginda keluar dari Tha'if setelah diburu dan dihalau oleh penduduk di sana, malah pertolongan dan bisyarah ini telah memberi tekad dan kekuatan baru untuk kembali ke Makkah dan memulakan kerja dakwahnya dengan satu perancangan baru yang penuh semangat dan azam.

Di ketika ini Zaid bin Harithah bertanya kepada Baginda dengan katanya: Bagaimana pula tuan hamba hendak masuk ke Makkah, sedang mereka telah mengeluarkan tuan hamba dari sana? Jawab Baginda: Wahai Zaid, sesungguhnya Allah (s.w.t) telahpun memberi pertolongan dan jalan keluar, maka sesungguhnya Allah jualah menolong agamaNya dan membantu nabiNya.

Rasulullah meneruskan perjalanannya, hampir sampai ke Makkah, Rasulullah singgah dan tinggal di Hira', semasa di situ Rasulullah menghantar seorang utusan dari qabilah Khuza'ah, untuk menemui al-Akhnas bin Syuraiq untuk memperolehi suaka kepada Baginda, sebagai tindakbalas al-Akhnas berkata: Aku adalah bersekutu dengan Quraisy dan sekutu tidak boleh memberi suaka. Dengan itu Rasulullah mengutus kepada Suhail bin Amm, namun Suhail menjawab: Sebenarnya bani Amir tidak boleh memberi suaka ke atas bani Kaab, maka seterusnya Rasulullah meminta al-Mut'am bin 'Adi, memberi suaka kepadanya, jawab al-Mut'am: Ya, aku sanggup memberi suaka untuk kamu, dengan itu beliau mengenakan dirinya dengan peralatan senjata dan mengajak anak buahnya dan seluruh kaumnya; Ayuh siapkan diri kamu dengan peralatan dan ambil tempat masing-masing di penjuru Kaabah di Bait al-Haram, kerana hari ini aku memberi suaka dan perlindungan kepada Muhammad (s.a.w).

Setelah semua mereka bersiap, beliau menghantar utusan kepada Rasulullah menjemput Baginda memasuki Makkah bersama-sama dengan Zaid bin Harithah, dengan itu Baginda bersama-sama Zaid pun memasuki Makkah, Baginda berjalan hingga tiba di perkarangan Kaabah di situlah al-Mut'am bin 'Adi pun bangun di atas tunggangannya sambil melaung: Wahai kalian Quraisy, sebenarnya aku bertanggungjawab memberi suaka perlindungan kepada Muhammad, oleh yang demikian tidak akan ada seorang pun dari kamu yang memakinya.

Rasulullah berjalan hingga sampai ke sudut Hajar Al-Aswad lalu Baginda menjamahnya dan bersembahyang dua rakaat, kemudian beredar pulang ke rumahnya, sedang al-Mut'am bin 'Adi bersiap siaga dengan persenjataan mereka mengawas Rasulullah hingga Baginda memasuki rumahnya.

Diceritakan bahawa setelah itu Abu Jahal menyoal al-Mut'am katanya: Kamu ini mengikut Muhammadkah atau memberi suaka perlindungan? Kata al-Mut'am: Bahkan pemberi perlindungan. Makajawab Abu Jahal: Ya, kalau demikian maka kami lindungi orang yang kau lindungi itu.

Jasa al-Mut'am ini, Rasul mengenanginya, di mana Rasulullah mengumumkan mengenai tawanan Badar sabdanya yang bermaksud:

Kalau al-Mut'am bin 'Adi masih hidup dan meminta supaya ku berlembut dengan tawanan ini nescaya ku lepaskan mereka demi mengenang jasanya dulu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © MUSLIM BLOG